Blogger Widgets

Thursday, 22 January 2015

Teknik Pengajaran Yang Unik Yang Boleh Digunakan Dalam PdP


1) TEKNIK NYANYIAN/MUZIK



   Pernah dengar nasyid Alif Ba Ta ini??Cik Apple yakin semua pernah dengar sejak sekolah tadika lagi.Dan sehingga sekarang Cik Apple masih ingat dan mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

  Contoh di atas adalah salah satu bahan bantu belajar berasaskan muzik secara real  yang boleh diguna pakai didalam kelas.Menurut kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepatkan umur membaca,IQ dan perkembangan mental.Muzik juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis disamping membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding pertuturan.Menurut dapatan kajian oleh Elesabeth (2005),keberhasilan pembelajaran dipengaruhu oleh kemampuan guru dalam melaksanakan proses PdP yang menarik dan menyenangkan kanak-kanak.Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak.Pembelajaran yang menggunakan alatan muzik seperti tamborin ataupun shaker boleh membuatkan murid berasa seronok belajar mengikut rentak muzik yang dimainkan.Sebagai contoh menyebut suku kata mengikut rentak dan bunyi yang dihasilkan.Oleh itu pendekatan yang menggunakan bahan bantu belajar berasaskan muzik adalah salah satu teknik pengajaran yang unik dan praktikal yang boleh diaplikasikan di dalam kelas.

   Secara peribadinya,apabila Cik Apple mempraktikkan pendekatan berasaskan muzik dan nyanyian didalam kelas,menjadikan proses pembelajaran berjalan secara aktif dan murid lebih mudah mengingati sesuatu pelajaran yang melibatkan penggunaan muzik dan nyanyian.



2) TEKNIK PERMAINAN





     Pembelajaran berasaskan permainan juga adalah salah satu teknik pengajaran yang unik dan boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh Cik Apple pernah bermain permainan baling dadu dimana ketika itu minggu ulangkaji sebelum peperiksaan akhir tahun.Didapati murid-murid boleh mengingati soalan dan jawapan ulangkaji yang dilakukan dan mereka boleh menjawab soalan yang diulangkaji itu  pada peperiksaan akhir tahun dengan mudah.Walaupun tidak semua isi penting yang dapat diingati sekurang-kurangnya boleh juga membantu mereka menjawab peperiksaan dengan tenang.

   Permainan ini mudah hanya bahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut jumlah murid dan setiap kumpulan akan membaling dadu tersebut bergilir-gilir.Apabila terkena pada titik nombor genap,kumpulan tersebut akan maju kehadapan mengikut titik pada dadu tersebut dan menjawab soalan yang diberi.Jika salah mereka terpaksa berpatah balik mengikut titik tersebut sehinggalah sampai ke garisan penamat.Namun,aktiviti seperti ini memerlukan masa yang mencukupi dan persediaan awal guru untuk menyediakan soalan.Dan pada pandangan saya ianya sesuai ketika hendak membuat ulangkaji sebagai persediaan sebelum peperiksaan.


3) KAD IMBASAN






     Teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad imbasan merupakan teknik yang praktikal untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Kad imbas mempunyai daya penarik tersendiri terhadap kanak-kanak.Warna kad imbas yang berwarna-warni dan bentuk yang pelbagai membuatkan murid tertarik dengannya dan sekali gus menarik minat mereka untuk mempelajarinya.Disamping warna dan animasi yang bermacam-macam sedikit sebanyak membantu murid menghafal sesuatu pelajaran tersebut.Contohnya huruf alif berwarna hijau dan terdapat gambar ayam.Murid-murid akan lebih mudah mengingat dengat lebih kuat lagi berbanding pembelajaran yang hanya berpandukan buku semata-mata tanpa alat bantu mengajar.


3- MURID SEBAGAI GURU
   


      Murid sebagai guru adalah salah satu teknik pengajaran yang kreatif dan unik.Apabila seseorang murid diberi peluang untuk mengajar dan menonjolkan diri dalam kalangan rakan-rakan mereka secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan menyuntik semangat bersaing untuk bersama-sama menuju ke hadapan.Sememangnya peringkat kanak-kanak ini mereka gemar untuk bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.Pada ketika inilah guru seharusnya merebut peluang untuk menambat hati murid untuk lebih sukakan belajar dengan memberikan mereka peluang untuk kehadapan untuk mereka merasa bagaimana menjadi guru sebenarnya dan menjadikannya pengalaman berharga dalam diri mereka.

    Dalam konteks murid sebagai guru,peningkatan tahap pemahaman dan keberanian mereka sedikit sebanyak akan menunjukkan respon yang positif kerana masing-masing mahu menonjolkan kehebatan masing-masing dan inginkan sesuatu yang lebih baik dari orang lain.Jadi dalam hal ini sekaligus akan membuatkan murid berlumba-lumba untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi Si Guru Cilik!


    Secara keseluruhannya,banyak kaedah lain yang lebih kreatif dan unik yang boleh digunakan oleh seseorang guru itu untuk menyampaikan medium pengajaran mereka.Walau apa pun teknik dan kaedah terbaik yang digunakan oleh seseorang guru itu untuk mengajar secara peribadi Cik Apple sendiri berpendapat bahawa keikhlasan dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak adalah medium yang paling berkesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka.Tanpa keikhlasan dan kasih sayang guru terhadap murid-muridnya ilmu yang dicurahkan hanya seperti mencurah air di daun keladi.Hakikatnya bagi murid guru adalah segala-galanya bagi mereka ketika di sekolah.Oleh itu,guru haruslah menganggap murid adalah segalanya bagi guru tanpa memilih kasih kerana setiap manusia itu ada keistimewaannya yang tersendiri.Bak kata pepatah inggeris Don't Judge A Book By It's Cover...





Wednesday, 14 January 2015

APA ITU "CREATIVE COMMON LICENSE" ???MAKSUD???

Apakah dia "Creative Common Licence"?




   
     Creative Common adalah salah satu organisasi yang menyediakan dan menawarkan beberapa lesen hak cipta secara percuma untuk pemilik asal/pencipta dalam usaha untuk menjaga hak cipta pemilik tersebut terhadap kandungan yang diasaskan oleh mereka sendiri.Melalui pilihan perlesenan yang disediakan oleh Creative Common,ia membolehkan pencipta sesuatu kandungan tersebut berkongsi hasil kerja mereka seperti gambar,video,grafik,teks dan sebagainya untuk kegunaan sesiapa sahaja yang menghendakinya dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal/pencipta tersebut.Sekaligus dalam masa yang sama lesen-lesen ini akan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan dengan kerja tersebut yang telah dihakciptakan.
Penggunaa CC ini diutamakan bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dalam sebarang bentuk seperti rakaman video,audiovisual,muzik,imej,teks atau rekaan interaktif.

    Creative Common telah dilancarkan pada 2006 dan mendapat sokongan darpiada MDeC sehingga tahun 2007.Media tempatan juga telah menggunakannya untuk kandungan mereka disamping laman-laman terkemuka seperti Flickr dan You Tube yang menyediakan perlesenan Creative Common (CC) tersebut.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Creative Common ini,Cik Apple ada menyediakan video daripada You Tube tentang apa itu Creative Common Licence untuk mendapatkan lebih pemahaman tentangnya.






MENGAPAKAH CREATIVE COMMON PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB?

   Creative Common perlu diberi perhatian dalam penyampaiannya kerana dengan menggunakan lesen hak cipta ini,ia dapat membantu para pencipta atau pemegang lesen tersebut memberitahu dunia tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan hasil kerja yang telah dihakciptakan.

   Apabila menggunakan perlesenan Creative Commom dalam hasil karya anda,ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi atau menggunakan karya anda bersama yang lain dan pada masa yang sama ia mengekalkan apa yang telah ditetapkan/disyaratkan oleh anda untuk berkongsi hasil karya tersebut dengan yang lain.Penggunaan lesen ini sekaligus membantu dan membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seantero dunia.

   Disamping itu,apabila anda ingin membangunkan sesuatu hasil karya sebagai contoh karya anda ingin hadir dengan sebuah video,anda boleh menggunakan lagu latar ataupun grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain dan melaluinya kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan.Contohnya video anda akan mendapat lagu latar yang menarik manakala pemilik lagu asal akan mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari oleh lebih ramai orang seluruh dunia.

SIAPAKAH YANG MENGGUNAKAN CREATIVE COMMON INI?

   Penyokong-penyokong utama yang menggunakan Creative Common dalam hasil karya mereka adalah seperti Google,Mozilla,Wikipedia adalah contoh penyokong terbesar dan telah melesenkan kandungan mereka dalam menjayakan Creative Common ini.

BAHAGIAN-BAHAGIAN CREATIVE COMMON

Terdapat 4 jenis lesen dibawah Creative Common ini iaitu:

    Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut tanpa mengubah hasil karya asal tersebut.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut bukan untuk tujuan kegunaan komersial.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut hanya dibawah satu lesen yang sama dengan lesen yang digunakan oleh pencipta.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut hanya apabila menghargai nama anda sepertimana yang diminta.



KESIMPULAN

   Secara keseluruhannya setelah Cik Apple amati dan meneliti apakah itu Creative Common dapatlah disimpulkan bahawa Creative Common ini perlu diberi perhatian terhadap penggunaannya untuk menjaga hasil karya si pencipta dan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.

   Bagi mereka yang gemar dan aktif berkongsi gambar,video dan pelbagai karya lain di arena internet seperti anda ingin berkongsi kandungan hasil karya anda di You Tube,Flickr dan lain-lain lagi,mungkin anda boleh memilih lesen yang sesuai untuk melesenkan karya anda hari ini ! 

    Terima kasih kepada Amanz.my kerana sudi menulis artikel tentang Creative Common ini.Sedikit sebanyak dapatlah membantu Cik Apple membuat rujukan untuk menyiapkan tugasan yang ke-7 ini iaitu apakah yang dimaksudkan dengan "Creative Common Licence".

Selamat Mencuba!

Sumber:






                                                                                                              

Tuesday, 6 January 2015

KEKURANGAN / MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


                                    DISEDIAKAN OLEH :

                              NUR AZIMAH BINTI AJALI
                                     DX145270PIJ01


                    Penggunaan teknologi maklumat pada hari ini telah menjadi asas yang penting dalam kehidupan seharian manusia.Penggunaannya yang meluas dalam segala aspek kehidupan merangkumi aspek pembangunan sehinggalah perniagaan dan kini menular penggunaannya dalam aspek pendidikan.Penggunaan ICT dalam aspek pendidikan ini membawa implikasi yang amat positif dalam kalangan pelajar dan guru.Dipercayai,keberkesanannya terbukti apabila sebuah kajian yang dilakukan terhadap pelajar pendidikan khas mendapati perlaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abdul Rahman,1992).

        Namun,dimana ada kelebihan disitu ada kekurangan.Disebalik implikasi positif yang ditunjukkan terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,terselit juga implikasi negatifnya dalam penggunaannya.Disini bolehlah diklasifikasikan kekangan dan masalahnya kepada masalah yang dihadapi oleh murid dan guru dalam penggunaan ICT sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  ( TERHADAP MURID )

                      Diantara kekurangan dan masalah penggunaan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid adalah pertama implikasi negatif terhadap murid yang lahir daripada keluarga yang kurang berkemampuan,luar bandar ataupun pendalaman komputer merupakan sesuatu yang asing.Justeru itu adalah sukar bagi murid-murid ini mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT.Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding dengan rakan yang lain dimana mereka yang sering dan sememangnya didedahkan dengan komputer dan gadget-gadget terkini oleh ibu bapa dan keluarga masing-masing.

                       Selain itu,bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya menjadikan murid-murid kurang merasa pengalaman sebenar dalam pembelajaran berbanding belajar di luar bilik darjah.Hal ini berikutan pengajaran yang menggunakan ICT hanya melibatkan murid berpandukan komputer sahaja berasaskan contoh atau gambaran.Sebagai contoh subjek Ibadah dibawah tajuk tayamum.Murid seharusnya membuat praktikal cara-cara untuk bertayamum dan bukannya semata-mata berpandukan buku atau gambaran sahaja.Berkemungkinan sesetengah murid dapat memahami tajuk yang diajar tanpa perlu untuk membuat praktikalnya.Ada murid yang lambat untuk memahami dan perlu untuk melakukan praktikal untuk difahaminya.Guru harus beringat bahawa tahap pemikiran dan pemahaman murid adalah berlainan dan perlu diteliti untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi.

                       Seterusnya,pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT membuatkan murid-murid leka dengan komputer masing-masing.Hal ini akan menyebabkan komunikasi murid dengan guru menjadi janggal dan tidak berjalan dengan baik.Murid akan lebih memberi tumpuan kepada perisian komputer dan kurang memberi tumpuan terhadap arahan dan penerangan guru.Ini kerana pada peringakat umur kanak-kanak biasanya mereka ada sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang sangat tinggi sehingga mereka tidak menghiraukan penerangan dan arahan yang diberikan oleh guru.


MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  ( TERHADAP GURU )

                        Bukan sahaja murid mengalami masalah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran,bahkan guru juga menerima tempias implikasi yang negatif juga dalam penggunaannya.Antaranya adalah bagi sesetengah guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT,mereka akan merasa terbeban dengan kaedah pengajaran yang berasaskan ICT.Guru perlu menguasai kemahiran mengendalikan dan menggunakan alatan ICT kerana guru dianggap role model kepada murid.Disamping itu penyediaan bahan menggunakan slide contohnya akan mengambil masa yang lama bagi seseorang guru yang kurang berkemahiran untuk menyediakannya.

                        Selain itu,menjadi kerja guru untuk memantau aktiviti carian murid terutamanya murid sekolah menengah.Tidak mustahil juga kepada murid sekolah rendah.Sesetengah murid yang selalu dan biasa menggunakan kemudahan IT ini mungkin menyalahgunakannya kepada perkara negatif.Berkemungkinan mereka membuka laman web atau blog yang salah.Oleh itu guru harus memantau aktiviti carian murid agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan yang ada.Murid pada hari ini tidak sama dengan zaman dahulu.Mereka lebih berani mencuba sesuatu yang kadang-kala diluar jangkaan kita.

                       Menjadikan guru tidak kreatif dalam menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran juga adalah masalah yang dihadapi guru apabila menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran.Guru akan mula bergantung pada slide sahaja contohnya dan tidak membuat bahan bantu belajar (BBM) lagi.Mereka hanya bergantung kepada kemudahan ICT sahaja dan melupakan pengajaran tradisional yang menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbas,carta dan lain-lain lagi.Hal ini akan menjadikan guru tersebut terlalu bergantung kepada kekreatifan menggunakan ICT dan tidak menggunakan kekreatifan mereka dalam penggunaan alat bantu mengajar.


                      Sebagai konklusinya,pendidikan pada hari ini menuntut sama ada guru dan murid melengkapi diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana penggunaan ICT telah menjadi trend pada abad ini dan akan datang.Tetapi haruslah sentiasa beringat penggunaan ICT banyak memberi faedah dan banyak juga memberi padah apabila menyalah gunakannya tidak kira terhadap guru ataupun terhadap murid.Murid-murid seharusnya bijak menggunakan kemudahan yang disediakan pada hari dengan baik dan guru haruslah berhati-hati dan berjaga-jaga dalam mengaplikasikan pendekatan ini terhadap murid-murid.Kesilapan dalam pendekatan ini boleh menghalang penggunaan kemudahan ICT dengan lebih effektif kepada penyalahgunaan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Tepuk dada tanya selera.





RUJUKAN :

1-Noriati A.Rashid,Boon Pong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,Wan Kamaruddin Wan Hassan,(Teknologi Dalam PengajaranDan Pembelajaran (Siri Pendidikan Guru) OXFORD FAJAR SDN.BHD)

2-abdulraisothman.blogspot.com (Kelebihan Dan Kekurangan 4 Penggunaan TMK Dalam P&P)

3-norafiszaa.blogspot.com (Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Integrasi ICT Didalam Bilik Darjah :Ipmlikasi Terhadap Pendidikan Guru)


5-Charles Ng Hon Yen,Shamsudin Othman,(Akses Masteri Karangan),OXFORD FAJAR SDN.BHD