Blogger Widgets

Wednesday 14 January 2015

APA ITU "CREATIVE COMMON LICENSE" ???MAKSUD???

Apakah dia "Creative Common Licence"?




   
     Creative Common adalah salah satu organisasi yang menyediakan dan menawarkan beberapa lesen hak cipta secara percuma untuk pemilik asal/pencipta dalam usaha untuk menjaga hak cipta pemilik tersebut terhadap kandungan yang diasaskan oleh mereka sendiri.Melalui pilihan perlesenan yang disediakan oleh Creative Common,ia membolehkan pencipta sesuatu kandungan tersebut berkongsi hasil kerja mereka seperti gambar,video,grafik,teks dan sebagainya untuk kegunaan sesiapa sahaja yang menghendakinya dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal/pencipta tersebut.Sekaligus dalam masa yang sama lesen-lesen ini akan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan dengan kerja tersebut yang telah dihakciptakan.
Penggunaa CC ini diutamakan bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dalam sebarang bentuk seperti rakaman video,audiovisual,muzik,imej,teks atau rekaan interaktif.

    Creative Common telah dilancarkan pada 2006 dan mendapat sokongan darpiada MDeC sehingga tahun 2007.Media tempatan juga telah menggunakannya untuk kandungan mereka disamping laman-laman terkemuka seperti Flickr dan You Tube yang menyediakan perlesenan Creative Common (CC) tersebut.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Creative Common ini,Cik Apple ada menyediakan video daripada You Tube tentang apa itu Creative Common Licence untuk mendapatkan lebih pemahaman tentangnya.






MENGAPAKAH CREATIVE COMMON PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB?

   Creative Common perlu diberi perhatian dalam penyampaiannya kerana dengan menggunakan lesen hak cipta ini,ia dapat membantu para pencipta atau pemegang lesen tersebut memberitahu dunia tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan hasil kerja yang telah dihakciptakan.

   Apabila menggunakan perlesenan Creative Commom dalam hasil karya anda,ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi atau menggunakan karya anda bersama yang lain dan pada masa yang sama ia mengekalkan apa yang telah ditetapkan/disyaratkan oleh anda untuk berkongsi hasil karya tersebut dengan yang lain.Penggunaan lesen ini sekaligus membantu dan membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seantero dunia.

   Disamping itu,apabila anda ingin membangunkan sesuatu hasil karya sebagai contoh karya anda ingin hadir dengan sebuah video,anda boleh menggunakan lagu latar ataupun grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain dan melaluinya kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan.Contohnya video anda akan mendapat lagu latar yang menarik manakala pemilik lagu asal akan mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari oleh lebih ramai orang seluruh dunia.

SIAPAKAH YANG MENGGUNAKAN CREATIVE COMMON INI?

   Penyokong-penyokong utama yang menggunakan Creative Common dalam hasil karya mereka adalah seperti Google,Mozilla,Wikipedia adalah contoh penyokong terbesar dan telah melesenkan kandungan mereka dalam menjayakan Creative Common ini.

BAHAGIAN-BAHAGIAN CREATIVE COMMON

Terdapat 4 jenis lesen dibawah Creative Common ini iaitu:

    Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut tanpa mengubah hasil karya asal tersebut.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut bukan untuk tujuan kegunaan komersial.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut hanya dibawah satu lesen yang sama dengan lesen yang digunakan oleh pencipta.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut hanya apabila menghargai nama anda sepertimana yang diminta.



KESIMPULAN

   Secara keseluruhannya setelah Cik Apple amati dan meneliti apakah itu Creative Common dapatlah disimpulkan bahawa Creative Common ini perlu diberi perhatian terhadap penggunaannya untuk menjaga hasil karya si pencipta dan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.

   Bagi mereka yang gemar dan aktif berkongsi gambar,video dan pelbagai karya lain di arena internet seperti anda ingin berkongsi kandungan hasil karya anda di You Tube,Flickr dan lain-lain lagi,mungkin anda boleh memilih lesen yang sesuai untuk melesenkan karya anda hari ini ! 

    Terima kasih kepada Amanz.my kerana sudi menulis artikel tentang Creative Common ini.Sedikit sebanyak dapatlah membantu Cik Apple membuat rujukan untuk menyiapkan tugasan yang ke-7 ini iaitu apakah yang dimaksudkan dengan "Creative Common Licence".

Selamat Mencuba!

Sumber:






                                                                                                              

No comments:

Post a Comment