1) TEKNIK NYANYIAN/MUZIK
Pernah dengar nasyid Alif Ba Ta ini??Cik Apple yakin semua pernah dengar sejak sekolah tadika lagi.Dan sehingga sekarang Cik Apple masih ingat dan mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Contoh di atas adalah salah satu bahan bantu belajar berasaskan muzik secara real yang boleh diguna pakai didalam kelas.Menurut kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepatkan umur membaca,IQ dan perkembangan mental.Muzik juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis disamping membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding pertuturan.Menurut dapatan kajian oleh Elesabeth (2005),keberhasilan pembelajaran dipengaruhu oleh kemampuan guru dalam melaksanakan proses PdP yang menarik dan menyenangkan kanak-kanak.Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak.Pembelajaran yang menggunakan alatan muzik seperti tamborin ataupun shaker boleh membuatkan murid berasa seronok belajar mengikut rentak muzik yang dimainkan.Sebagai contoh menyebut suku kata mengikut rentak dan bunyi yang dihasilkan.Oleh itu pendekatan yang menggunakan bahan bantu belajar berasaskan muzik adalah salah satu teknik pengajaran yang unik dan praktikal yang boleh diaplikasikan di dalam kelas.
Secara peribadinya,apabila Cik Apple mempraktikkan pendekatan berasaskan muzik dan nyanyian didalam kelas,menjadikan proses pembelajaran berjalan secara aktif dan murid lebih mudah mengingati sesuatu pelajaran yang melibatkan penggunaan muzik dan nyanyian.
2) TEKNIK PERMAINAN
Pembelajaran berasaskan permainan juga adalah salah satu teknik pengajaran yang unik dan boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh Cik Apple pernah bermain permainan baling dadu dimana ketika itu minggu ulangkaji sebelum peperiksaan akhir tahun.Didapati murid-murid boleh mengingati soalan dan jawapan ulangkaji yang dilakukan dan mereka boleh menjawab soalan yang diulangkaji itu pada peperiksaan akhir tahun dengan mudah.Walaupun tidak semua isi penting yang dapat diingati sekurang-kurangnya boleh juga membantu mereka menjawab peperiksaan dengan tenang.
Permainan ini mudah hanya bahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut jumlah murid dan setiap kumpulan akan membaling dadu tersebut bergilir-gilir.Apabila terkena pada titik nombor genap,kumpulan tersebut akan maju kehadapan mengikut titik pada dadu tersebut dan menjawab soalan yang diberi.Jika salah mereka terpaksa berpatah balik mengikut titik tersebut sehinggalah sampai ke garisan penamat.Namun,aktiviti seperti ini memerlukan masa yang mencukupi dan persediaan awal guru untuk menyediakan soalan.Dan pada pandangan saya ianya sesuai ketika hendak membuat ulangkaji sebagai persediaan sebelum peperiksaan.
3) KAD IMBASAN
Teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad imbasan merupakan teknik yang praktikal untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Kad imbas mempunyai daya penarik tersendiri terhadap kanak-kanak.Warna kad imbas yang berwarna-warni dan bentuk yang pelbagai membuatkan murid tertarik dengannya dan sekali gus menarik minat mereka untuk mempelajarinya.Disamping warna dan animasi yang bermacam-macam sedikit sebanyak membantu murid menghafal sesuatu pelajaran tersebut.Contohnya huruf alif berwarna hijau dan terdapat gambar ayam.Murid-murid akan lebih mudah mengingat dengat lebih kuat lagi berbanding pembelajaran yang hanya berpandukan buku semata-mata tanpa alat bantu mengajar.
3- MURID SEBAGAI GURU
Murid sebagai guru adalah salah satu teknik pengajaran yang kreatif dan unik.Apabila seseorang murid diberi peluang untuk mengajar dan menonjolkan diri dalam kalangan rakan-rakan mereka secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan menyuntik semangat bersaing untuk bersama-sama menuju ke hadapan.Sememangnya peringkat kanak-kanak ini mereka gemar untuk bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.Pada ketika inilah guru seharusnya merebut peluang untuk menambat hati murid untuk lebih sukakan belajar dengan memberikan mereka peluang untuk kehadapan untuk mereka merasa bagaimana menjadi guru sebenarnya dan menjadikannya pengalaman berharga dalam diri mereka.
Dalam konteks murid sebagai guru,peningkatan tahap pemahaman dan keberanian mereka sedikit sebanyak akan menunjukkan respon yang positif kerana masing-masing mahu menonjolkan kehebatan masing-masing dan inginkan sesuatu yang lebih baik dari orang lain.Jadi dalam hal ini sekaligus akan membuatkan murid berlumba-lumba untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi Si Guru Cilik!
Secara keseluruhannya,banyak kaedah lain yang lebih kreatif dan unik yang boleh digunakan oleh seseorang guru itu untuk menyampaikan medium pengajaran mereka.Walau apa pun teknik dan kaedah terbaik yang digunakan oleh seseorang guru itu untuk mengajar secara peribadi Cik Apple sendiri berpendapat bahawa keikhlasan dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak adalah medium yang paling berkesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka.Tanpa keikhlasan dan kasih sayang guru terhadap murid-muridnya ilmu yang dicurahkan hanya seperti mencurah air di daun keladi.Hakikatnya bagi murid guru adalah segala-galanya bagi mereka ketika di sekolah.Oleh itu,guru haruslah menganggap murid adalah segalanya bagi guru tanpa memilih kasih kerana setiap manusia itu ada keistimewaannya yang tersendiri.Bak kata pepatah inggeris Don't Judge A Book By It's Cover...
No comments:
Post a Comment