Blogger Widgets

Wednesday 31 December 2014

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


                                     DISEDIAKAN OLEH :

                                NUR AZIMAH BINTI AJALI
                                      DX145270PIJ01


        Dalam usaha membina modal insan yang seimbang dari sudut intelek,emosi dan spiritualnya,maka keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh mengabaikan peranan teknologi dalam membangunkan sahsiah dan personaliti unggul manusia lebih-lebih lagi pada era digital ini.Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran wajar diberikan tumpuan dalam usaha untuk merealisasikan harapan untuk melahirkan generasi yang bijak pandai menjelang abad 2020.

                 
              Information and Communication Technology ( ICT ) ataupun dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan suatu kaedah yang penting yang boleh diaplikasikan penggunaannya oleh guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran abad ini.Teknologi ini dan adalah salah satu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar.Bermulanya kaedah pengajaran dengan menggunakan kapur,kini dengan kemajuan sains dan teknologi telah merubah kaedah pengajaran tradisional tersebut kepada kedah pengajaran yang lebih canggih lagi iaitu penggunaan komputer,bahan elektronik,LCD,kamera digital dan lain-lain lagi dalam proses PDP abad ini.Dalam hal ini tidak dinafikan lagi kepentingan dan kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kelebihan kepada murid dan guru.


KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (TERHADAP MURID)

               Terdapat banyak kelebihan menggunakan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak lain tidak bukan adalah dapat menarik perhatian murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Hal ini kerana aplikasi yang digunakan seperti microsoft powerpoint,flash video dan lain-lain mempamerkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-warni sekali gus dapat menarik lagi minat murid untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Disamping kesan audio dan imej suara yang menarik dapat mengelakkan murid daripada mudah berasa jemu dan bosan menjalani proses pembelajaran dan pengajaran kerana lebih tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.Justeru itu suasana pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan menjadi lebih seronok dan murid-murid akan lebih aktif mengikuti aktiviti pembelajaran yang dijalankan.


            Meningkatkan daya kefahaman murid juga adalah salah satu kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh dalam pengajaran subjek sejarah yang memerlukan murid mengingati sesuatu peristiwa yang berkronologi.Guru hanya perlu menyediakan persediaan grafik contohnya tayangan filem dalam pengajaran.Hasil pengaplikasian ICT tersebut dapat merangsang daya kefahaman dan ingatan murid dengan lebih mudah kerana murid akan lebih fokus dan cenderung dengan persembahan grafik yang ditayangkan.Tidaklah mereka hanya bergantung dengan nota-nota dan catatan yang kadang kala memeningkan kepala dan menimbulkan kekeliruan untuk memahaminya.Senario ini sekali gus dapat meningkatkan prestasi murid terhadap mata pelajaran yang agak sukar dengan bantuan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT.


             Selain itu,penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat mendidik murid-murid mendalami ilmu tentang dunia teknologi disamping melatih mereka untuk lebih bersedia menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar.Contohnya dapat melatih dan mendidik mereka mengendalikan komputer dengan lebih efisyen lagi.Sebagaimana yang diketahui,kewujudan Sekolah Bestari memerlukan kemahiran penggunaan komputer dikalangan murid-murid mereka kerana hampir seratus peratus proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah dengan menggunakan sumber teknologi komunikasi maklumat ( ICT ).Sebagai contoh murid-murid dibekalkan dengan komputer yang dimasukkan di  dalamnya unsur-unsur pembelajaran mengikut silibus buku teks.Guru perlu mengajar hanya melalui komputer.Jika murid tidak berkemahiran dan tidak didedahkan dengan ilmu pengendalian komputer lebih awal, mana mungkin proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.Oleh sebab demikian penggunaan ICT amat penting kepada murid-murid kerana sedikit sebanyak membantu murid mengetahui cara pengendalian komputer sekali gus membuat persiapan awal untuk mereka lebih celik komputer bagai menyahut seruan kerajaan agar melahirkan generasi yang celik komputer pada abad ke-21 bermula daripada peringkat awal lagi.


                 
KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (TERHADAP GURU)


               Sebagaiman pentingnya penggunaan ICT kepada murid,begitu juga pentingnya penggunaan ICT kepada guru.Salah satunya adalah membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.Secara tidak langsung guru terdedah dengan penggunaan alatan dan aplikasi ICT seperti penggunaan komputer,LCD dan lain-lain lagi melalui pengalaman yang diperoleh semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.Pengetahuan dan kemahiran mengendalikan alatan ICT ini amat penting bagi seseorang guru itu kerana gurulah yang perlu menghadapi murid-murid abad-21 yang bersifat multimedia ini.Tidak menjadi satu kerugian kepada guru apabila mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.


           Selain itu,penggunaan ICT juga memudahkan guru menyampaikan ilmu kepada murid. Apabila guru menggunakan ICT dalam pembelajaran,keperhatian murid akan lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang berlangsung.Hal ini kerana tumpuan murid tidaklah hanya tertumpu terhadap nota dan catatan sahaja.Dengan adanya penggunaan ICT dalam pembelajaran,proses tersebuat akan menjadi mudah dan murid juga tidak akan berasa bosan mengikuti proses pembelajaran tersebut.Sekali gus ilmu yang disampaikan oleh guru akan lebih mudah difahami oleh murid-murid.

                       
          Disamping itu,kelebihan yang diperolehi guru apabila menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula pada masa akan datang.Sebagai contoh guru menggunakan slaid dalam pengajaran sejarah.Sepertimana yang diketahui sejarah yang ada sekarang ini tidak berubah dari dulu kini dan selamanya.Guru-guru yang menjalankan proses pengajaran sejarah dengan menggunakan slaid boleh menggunakan kembali slaid yang telah disiapkan dan menggunakannya lagi pada tahun yang akan datang.Tidak perlulah guru tersebut membuat dan menyediakan slaid yang baru kerana mereka sudah sedia ada bahan pengajaran yang lepas.Paling tidak guru hanya perlu meng'edit' atau menambah bahan dalam slaid tersebut untuk penambahbaikan.Selain memudahkan kerja ianya juga menjimatkan masa guru untuk menyediakan bahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran.


             Secara keseluruhannya,penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat banyak memberi impak positif terhadap murid-murid dan guru-guru.Mengikut statistik kajian yang dilakukan terhadap guru-guru j-QAF tentang penggunaan BBM berasaskan Teknologi Mulimedia dalam pengajaran j-QAF yang dilakukan oleh Siti Fatimah Ahmad dan AB Halim Tamuri,dapat disimpulkan bahawa hampir semua murid dan guru mendapat kelebihan dan manfaat daripada pengunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.


      Konklusinya,abad ke-21 ini adalah abad yang bersifat multimedia dan interaktif beranimasi.Setiap guru serta pelajar tidak kira di bangku sekolah rendah dan menengah mestilah didedahkan kepada teknologi multimedia bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi masa depan pendidikan yang mencabar.Persiapan awal dalam pendidikan komputer dan teknologi multimedia akan memudahkan para guru dan pelajar agar celik IT dan tidak mengalami 'kejutan budaya multimedia' pada masa akan datang.


RUJUKAN:

1-Noriati A Rashid,Boon Pong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin Wan Hasan , (Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (Siri Pendidikan Guru) OXFORD FAJAR SDN.BHD)

2-Siti Fatimah Ahmad,AB Halim Tamuri  (Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-QAF)  , http://www.ukm.my/jiae/pdf/20.pdf 

3-Charles Ng Hon Yen,Shamsudin Othman , (Sumbangan Dan Peranan Komputer Dalam Bidang Pendidikan)Akses Masteri Karangan,OXFORD FAJAR SDN.BHD
























Saturday 27 December 2014

Rahsia Dan Teknik Solekan Mata ( Untuk Awak-Awak Je )

 Actually Cik Apple ni tak la tau sangat nak ber'make up' bagai..Tapi Cik Apple suka sangat tengok orang make-up especially pada bahagian mata.Sebabnya dari mata jatuh ke hati...Wah!Merepek dah malam-malam ni.Banyak sebenarnya gaya yang boleh dilakukan pada bahagian mata ni.Tapi,sebelum nak ber 'make-up' bahagian mata tu kena tahu mata you all ni jenis apa kan.Ada orang memiliki mata yang besar,ada mata sepet ataupun jenis hooded eyes.Macam Paris Hilton tu.Secara peribadinya Cik Apple suka dengan gaya mata yang nampak sweet,simple and fresh.Terpulanglah pada awak-awak semua suka gaya yang macam mana.Yang nampak preety ke atau yang nampak glam ke comel ke ataupun ala-ala cat eyes ke smokey eyes ke.Mana-mana je lah. Ok sekarang Cik Apple nak share sikit lah ye teknik-teknik yang biasa digunakan oleh gadis-gadis diluar sana untuk solekan bahagian mata.Video ni tentang tutorial untuk simple soft smokey eye ok.Selamat menonton.




So dah tengok kan tutorial Simple Soft Brown Smokey Eyes!Nampak sweet kan ^_^
Sekarang Cik Apple nak bagi sedikit teknik solekan smokey eyes.Cara Cik Apple tau..Hentam jelah..asalkan jadi..

  • Make sure awak semua ada alatan nak ber'make-up' ni ye...
  • Sapu eyebase berwarna putih diseluruh bahagian kelopak mata
  • Lukis sikit bentuk di hujung mata ( bahagian kelopak mata ) gunakan eyeliner jenis pensil.Lagi mudah.
  • Sapu eyeshadow mengikut warna kegemaran awak pada keseluruhan kelopak mata (gunakan warna yang gelap sikit tau )
  • Sapukan lagi warna eyeshadow kegemaran anda (pastikan warnanya lebih terang daripada eyeshadow yang pertama ) di atasnya
  • Letakkan eyeliner mengikut warna kesukaan awak di bawah mata dan atas mata sikit.Kira kemasan terakhir la ni
  • Lastly sapu maskara atas dan bawah mata.Sebelum sapu maskara tu kepit bulu mata biar lentik sikit kalau awak tak nak guna bulu mata palsu.
  • Siap...
Cik Apple nak tulis teknik-teknik ni pun tengok blog orang lain juga.Takut salah.Kalau nak dapatkan teknik yang betul untuk bersolek ni kena berguru.Tapi Cik Apple berguru dengan En.Google je.Tak pun Cik Apple rujuk 'Look Book' yang Cik Apple dapat masa beli produk maybelline dulu.Pun boleh lah  ^_^
Ok dah.Tu je untuk kali ini.Selamat mencuba!





Kat bawah ni Cik Apple tunjukkan sikit jenis-jenis mata yang mempunyai teknik dan cara yang berlainan untuk disolek.








So,jenis mata anda????

Have a nice day!










Cara-Cara Pakai Necktie Paling Cepat Dan Simple

       Kalau untuk gadis-gadis ayu,Cik Apple ada tunjukkan video cara untuk ber 'make-up' gaya smokey eyes kan.Tapi terfikir jugak untuk kaum Adam ni nak tunjukkan video apa.Lastly Cik Apple ambil keputusan untuk jejaka -jejaka di luar sana tu mencuba cara mudah untuk pakai tali leher ataupun dalam bahasa londonnya Necktie.Sesuai untuk dipakai ke sekolah atau ke tempat kerja ataupun bagi yang dah terlewat nak pergi sekolah atau ke tempat kerja,cubalah cara ini yang sangat simple dan mudah.Tapi cuma video je.Nak tulis step by step takut ada je nanti tak jadi pulak.So,selamat menonton dan selamat mencuba..

















Wednesday 24 December 2014

RUMUSAN PENGGUNAAN PBBK( PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA ASING

           Bagi artikel kedua,saya berminat untuk merumuskan dan mengulas serba sedikit tentang artikel yang ditulis oleh Ashinida Aladdin,Afendi Hamat dan Mohd.Shabri Yusof dibawah tajuk kajiannya tentang Penggunaan PBBK ( Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer ) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing.Kajian telah dilakukan terhadap 40 responden yang terdiri daripada guru bahasa arab dari sekolah agama berasrama penuh di Malaysia.Dan daripada hasil yang diperolehi sebahagian besar guru-guru yang berusia diantara 25-45 tahun berminat menggunakan PBBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

           Setelah diteliti,saya dapat menyimpulkan bahawa menerusi kajian yang dijalankan tersebut menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap PBBK.Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan jayanya.

            Secara amnya,penggunaan komputer dalam bidang bahasa telah wujud sejak 30 tahun yang lalu.Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau lebih dikenali sebagai CALL (Computer Assisted Language Learning) telah mula digunakan sejak 1960-an lagi.Menerusi dapatan kajian yang dijalankan didapati bahawa penggunaan PBBK dalam pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada murid berbanding dengan pembelajaran bahasa secara tradisional..Penggunaannya membolehkan murid menjadi lebih berdikari dan proaktif dalam pembelajaran mereka selain membantu memperbaiki kemahiran linguistik pelajar.

            Selain itu,perspektif guru terhadap penggunaan PBBK didapati mampu menjimatkan masa dan tenaga disamping memudahkan proses pengajaran mereka.Guru juga berpendapat bahawa kaedah PBBK (Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka di dalam kelas.Hasilnya sedikit sebanyak membuatkan murid lebih bersemangat dan berminat untuk mengikuti proses pembelajaran bahasa apabila guru menggunakan kaedak PBBK tersebut.

            Namun begitu,disebalik kajian penggunaan PBBK yang dilihat memberi implikasi dan respon yang positif terdapat juga implikasi dan respon negatif terhadap penggunaanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh melalui kajian yang dilakukan terdapat segelintir guru yang kurang senang sengan kehadiran PBBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini berpunca daripada fakto-faktor yang mendatang iaitu daripada kurangnya kefahaman terhadap kehadiran PBBK selain kurangnya kemahiran teknikal tentang penggunaan komputer.Disamping kurangnya kemudahan prasarana yang mencukupi di sesetengah sekolah.

           Secara konklusinya,kajian tersebut menunjukkan bahawa reaksi guru terhadap penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah positif dan perlu diteruskan penggunaanya.Namun begitu tanggapan negatif sesetengah guru terhadap PBBK dalam proses pengajaran dan pengajaran boleh dibendung dengan cara memberi pendedahan,latihan dan kursus-kursus kemahiran penggunaan komputer secara optimum yang berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab.Pihak Kementerian juga perlulah melengkapkan sekolah dengan kemudahan prasarana yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya para pelajar dan guru mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan arus masa kini.

             Secara peribadi,Cik Apple berpendapat bahawa dalam arus modenisasi ini wajarlah setiap guru mengambil inisiatif sendiri bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Maklum sahaja anak-anak zaman teknologi ini tidak sama dengan zaman dahulu.Pandai-pandai lah kita sebagai guru memanfaatkan kemudahan yang sudah tersedia dengan bijak.





Sumber : http://journalarticle.ukm.my/732/1/GemaVol3.1.2003No3.pdf





         

RUMUSAN PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN j-QAF

          Kali ini saya ingin merumuskan serba sedikit tentang artikel yang ditulis oleh Siti Fatimah Ahmad dan Ab.Halim Tamuri berkenaan kajian yang dijalankan tentang Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-QAF.Kajian ini dijalankan terhadap guru di Sekolah Kebangsaan ( SK ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK ) yang menjalani program j-QAF dibawah KPM yang melibatkan 270 orang guru j-QAF ambilan tahun 2005-2007.Sekadar pandangan dan perkongsian bersama.

         Penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM ) berasaskan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru j-QAF adalah dilihat sebagai suatu usaha yang sangat praktikal yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tersebut.Sejajar dengan perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi untuk menggerakkan Malaysia menuju negara maju yang membangun menggunakan acuannya sendiri menjelang abad 2020.

        Namun begitu penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diperbaiki lagi dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi dalam pembelajaran Pendidikan Islam ataupun j-QAF.Hal ini berikutan kajian yang dilakukan bahawa 39.4% guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mengalami masalah dari segi kemampuan penggunaan BBM dalam pengajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam selain daripada masalah sesetengah sekolah di mana sekolah tersebut tidak mempunyai prasarana yang diperlukan dan sesetengah guru yang tidak mengambil berat tentang penggunaan alat bantu belajar dalam pengajaran dan pengajaran..Sebagai contoh masalah dari segi kemampuan penggunaan BBM adalah penggunaan slaid dan komputer,grafik,video,kaset dan penggunaan gambar rajah.

          Analisis yang dilakukan terhadap persepsi guru j-QAF tentang penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap 4.00 iaitu persepsi yang tinggi tentang kesadaran guru terhadap TMm dalam pendidikan.Sebagai contoh saya ambil dari aspek perincian dilihat 51% guru setuju dan 48% sangat setuju berbanding 1% yang tidak menyedari tentang kepentingannya.Namun secara keseluruhannya menunjukkan guru j-QAF ini peka terhadap isu-isu semasa berhubung komitmen kerajaan terhadap TMK dalam pendidikan.Selain itu,52% bersetuju dan 45% sangat bersetuju bahawa murid-murid lebih berminat mengikuti PDP dengan berbentukkan TMm.Namun,terdapat 3%  yang kurang bersetuju dan 0.07% yang tidak bersetuju TMm mampu menjadi BBM berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

          Secara keseluruhannya dilihat kajian yang dilakukan ini mendapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi dalam penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran.Strategi ini perlu dirangka bagi merangsang minat murid terhadap gaya penyampaian guru dalam bilik darjah.Guru haruslah lebih bijak dan kreatif memanfaatkan media elektronik dalam pendidikan alaf ini dalam menyampaikan pengajarannya dalam menghadapi murid era teknologi ini.Secara amnya kejayaan dan keberkesanan penggunaan BBM berasaskan TMm bergantung kepada kemahiran dan sikap guru itu sendiri untuk meningkatkan kecekapannya dalam membina dan menyediakan BBM berasaskan TMm.

         Secara peribadi Cik Apple sangat bersetuju tentang penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran j-QAF.Sebab apa??Sebabnya penggunaannya lebih menarik minat mereka terhadap pelajaran yang dipelajari.Dengan penggunaan gambar yang berwarna-warni,audio dan lain-lain lagi menambah minat murid untuk terus bersama-sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Lebih-lebih lagi murid abad ini lebih terdedah kepada bahan-bahan multimedia dan mereka lebih berminat terhadapnya.Oleh sebab itu kita sebagai guru juga harus bijak menambat hati mereka dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada abad ini.





Sumber : http://www.ukm.my/jiae/pdf/20.pdf






       

       

Tuesday 23 December 2014

PENGGUNAAN GADGET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN ICT 
( INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY )

     
          Teknologi Maklumat Dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang mana mempunyai satu ruang lingkup yang sangat luas penggunaannya berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Dalam erti kata lain penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,menyimpan,memproses,memindah dan mendapatkan maklumat tanpa sempadan masa dan tempat.


       Seperti yang diketahui umum,teknologi disifatkan sebagai salah satu pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sepantas kilat.Ia sebenarnya tidaklah tertumpu kepada penggunaan internet mahupun komputer sahaja,bahkan dalam era yang serba moden ini ia juga melibatkan penggunaan gajet seperti Ipad,tablet,telefon mudah alih,fax,telegram dan banyak lagi.Dalam erti kata lain ia diistilahkan sebagai "THE LATEST ICT GADGETS" sehinggalah penggunaan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada si penerima.



PENGGUNAAN GADJET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


         Apakah yang dikatakan sebagai gadjet?Gadjet berasal daripada perkataan Inggeris iaitu GADGET yang bermaksud alat elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus.Dalam isilah yang lebih mudah ia adalah satu alat elektronik yang memiliki pembaharuan dari hari ke hari yang membuatkan kehidupan individu menjadi lebih praktis.Sebagai contoh Ipad,Playstation,Laptop dan banyak lagi.


            Dalam era globalisasi ini penggunaan gajet dalam kehidupan dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Boleh dikatakan segala aspek kehidupan memerlukan kita menggunakan perkhidmatannya tidak terkecuali juga dalam sistem pendidikan dewasa ini.Penggunaan gajet dalam arus perkembangan dunia teknologi dan maklumat dilihat banyak memberi impak positif terhadap pendidikan di negara ini dalam memperoleh dan menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan.


         Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT )  dalam pengajaran dan pembelajaran membantu para pendidik menjalankannya dengan lebih cekap dan praktikal.Sebagai contoh penggunaan papan hitam dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ditukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer atau laptop,bahan elektronik dan lain-lain lagi.Hal ini dapat menarik perasaan suka dan  minat murid-murid untuk lebih memberi tumpuan dalam proses pembelajaran lebih-lebih lagi dalam era digital ini.Banyak kajian telah membuktikan bahawa penggunaan komputer ataupun laptop dalam pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian akademik murid terutamanya bagi subjek sains dan matematik.Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh Universiti John Hopkin mendapati murid lebih berminat untuk menghadiri kelas yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas.Malah mereka sudi memperuntukkan masa untuk belajar menggunakan komputer.


         Selain itu,penggunaan gadget seperti tablet ataupun e-Book dalam pembelajaran memberi peluang kepada dunia pendidikan negara beranjak ke corak pembelajaran yang lebih dinamik dan moden.Sebagai contoh inisiatif penggunaan e-Book yang telah dijalankan di Terengganu pada tahun 2009 yang dilengkapi dengan perisian pembelajaran berdasarkan buku teks dan perisian tambahan seperti doa,dan amalan solat yang boleh digunakan oleh murid ternyata memberi impak positif terhadap dunia pendidikan.Penggunaan e-Book ini dapat membawa murid ke satu dimensi yang berlainan disebabkan kuasa tarikan yang terkandung dalam e-Book itu sendiri.Contohnya kepelbagaian warna atau tarikan gambar mahupun multimedia dan audio.Murid akan lebih mengingati apa yang mereka pelajari sekaligus meningkatkan fokus dan minat murid dan menghasilkan pencapaian yang lebih cemerlang.


            Disamping itu,guru juga perlulah bijak untuk menggunakan gadget terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap murid abad ini.Sebagai contoh guru menggunakan telefon pintar ataupun smartphone mereka dalam kaedah pengajarannya.Guru tidak perlu lagi membawa laptop ataupun bahan bantu lain untuk mengajar murid.Dengan hanya menggunakan gadget terkini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisien dan lebih menarik minat murid.Contohnya guru menggunakan aplikasi waze untuk mengajar murid tentang arah.Utara,Selatan Timur dan Barat.Hal ini menjadikan murid bersikap lebih proaktif ketika di dalam kelas dan tidak terlalu pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


                Konklusinya penggunaan gadget dan ICT masa kini dilihat sangat relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kita perlu sedar bahawa anak-anak zaman ini tidak sama dengan zaman dahulu.Mereka lebih terdedah dengan kepesatan dan kepantasan teknologi maklumat pada hari ini.Oleh itu,kita seharusnya memanfaatkan teknologi yang ada sekarang untuk kebaikan bersama tidak kira dalam dunia pendidikan mahupun yang lain.Kita juga seharusnya mengembling tenanga bagi memastikan anak-anak kita tidak terkena kejutan budaya dan tidak tersasar jauh dek kerana serangan teknologi yang berlaku pada masa kini agar impian melahirkan generasi yang bijak pandai dapat direalisasikan menjelang abad 2020.







        Murid sedang menggunakan tablet dalam proses pembelajaran




                                   
  Kanak-kanak di Thailand menggunakan aplikasi yang terdapat pada tablet





Pembelajaran di China menggunakan touch screen all in one PC






Kanak-kanak prasekolah di China belajar menggunakan LCD






Contoh Learning Tab dalam proses pengajaran dan pembelajaran