DISEDIAKAN OLEH :
NUR AZIMAH BINTI AJALI
DX145270PIJ01
Penggunaan teknologi maklumat pada hari ini telah menjadi asas yang penting dalam kehidupan seharian manusia.Penggunaannya yang meluas dalam segala aspek kehidupan merangkumi aspek pembangunan sehinggalah perniagaan dan kini menular penggunaannya dalam aspek pendidikan.Penggunaan ICT dalam aspek pendidikan ini membawa implikasi yang amat positif dalam kalangan pelajar dan guru.Dipercayai,keberkesanannya terbukti apabila sebuah kajian yang dilakukan terhadap pelajar pendidikan khas mendapati perlaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abdul Rahman,1992).
Namun,dimana ada kelebihan disitu ada kekurangan.Disebalik implikasi positif yang ditunjukkan terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,terselit juga implikasi negatifnya dalam penggunaannya.Disini bolehlah diklasifikasikan kekangan dan masalahnya kepada masalah yang dihadapi oleh murid dan guru dalam penggunaan ICT sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( TERHADAP MURID )
Diantara kekurangan dan masalah penggunaan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid adalah pertama implikasi negatif terhadap murid yang lahir daripada keluarga yang kurang berkemampuan,luar bandar ataupun pendalaman komputer merupakan sesuatu yang asing.Justeru itu adalah sukar bagi murid-murid ini mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT.Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding dengan rakan yang lain dimana mereka yang sering dan sememangnya didedahkan dengan komputer dan gadget-gadget terkini oleh ibu bapa dan keluarga masing-masing.
Selain itu,bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya menjadikan murid-murid kurang merasa pengalaman sebenar dalam pembelajaran berbanding belajar di luar bilik darjah.Hal ini berikutan pengajaran yang menggunakan ICT hanya melibatkan murid berpandukan komputer sahaja berasaskan contoh atau gambaran.Sebagai contoh subjek Ibadah dibawah tajuk tayamum.Murid seharusnya membuat praktikal cara-cara untuk bertayamum dan bukannya semata-mata berpandukan buku atau gambaran sahaja.Berkemungkinan sesetengah murid dapat memahami tajuk yang diajar tanpa perlu untuk membuat praktikalnya.Ada murid yang lambat untuk memahami dan perlu untuk melakukan praktikal untuk difahaminya.Guru harus beringat bahawa tahap pemikiran dan pemahaman murid adalah berlainan dan perlu diteliti untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi.
Seterusnya,pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT membuatkan murid-murid leka dengan komputer masing-masing.Hal ini akan menyebabkan komunikasi murid dengan guru menjadi janggal dan tidak berjalan dengan baik.Murid akan lebih memberi tumpuan kepada perisian komputer dan kurang memberi tumpuan terhadap arahan dan penerangan guru.Ini kerana pada peringakat umur kanak-kanak biasanya mereka ada sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang sangat tinggi sehingga mereka tidak menghiraukan penerangan dan arahan yang diberikan oleh guru.
MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( TERHADAP GURU )
Bukan sahaja murid mengalami masalah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran,bahkan guru juga menerima tempias implikasi yang negatif juga dalam penggunaannya.Antaranya adalah bagi sesetengah guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT,mereka akan merasa terbeban dengan kaedah pengajaran yang berasaskan ICT.Guru perlu menguasai kemahiran mengendalikan dan menggunakan alatan ICT kerana guru dianggap role model kepada murid.Disamping itu penyediaan bahan menggunakan slide contohnya akan mengambil masa yang lama bagi seseorang guru yang kurang berkemahiran untuk menyediakannya.
Selain itu,menjadi kerja guru untuk memantau aktiviti carian murid terutamanya murid sekolah menengah.Tidak mustahil juga kepada murid sekolah rendah.Sesetengah murid yang selalu dan biasa menggunakan kemudahan IT ini mungkin menyalahgunakannya kepada perkara negatif.Berkemungkinan mereka membuka laman web atau blog yang salah.Oleh itu guru harus memantau aktiviti carian murid agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan yang ada.Murid pada hari ini tidak sama dengan zaman dahulu.Mereka lebih berani mencuba sesuatu yang kadang-kala diluar jangkaan kita.
Menjadikan guru tidak kreatif dalam menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran juga adalah masalah yang dihadapi guru apabila menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran.Guru akan mula bergantung pada slide sahaja contohnya dan tidak membuat bahan bantu belajar (BBM) lagi.Mereka hanya bergantung kepada kemudahan ICT sahaja dan melupakan pengajaran tradisional yang menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbas,carta dan lain-lain lagi.Hal ini akan menjadikan guru tersebut terlalu bergantung kepada kekreatifan menggunakan ICT dan tidak menggunakan kekreatifan mereka dalam penggunaan alat bantu mengajar.
Sebagai konklusinya,pendidikan pada hari ini menuntut sama ada guru dan murid melengkapi diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana penggunaan ICT telah menjadi trend pada abad ini dan akan datang.Tetapi haruslah sentiasa beringat penggunaan ICT banyak memberi faedah dan banyak juga memberi padah apabila menyalah gunakannya tidak kira terhadap guru ataupun terhadap murid.Murid-murid seharusnya bijak menggunakan kemudahan yang disediakan pada hari dengan baik dan guru haruslah berhati-hati dan berjaga-jaga dalam mengaplikasikan pendekatan ini terhadap murid-murid.Kesilapan dalam pendekatan ini boleh menghalang penggunaan kemudahan ICT dengan lebih effektif kepada penyalahgunaan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Tepuk dada tanya selera.
RUJUKAN :
1-Noriati A.Rashid,Boon Pong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,Wan Kamaruddin Wan Hassan,(Teknologi Dalam PengajaranDan Pembelajaran (Siri Pendidikan Guru) OXFORD FAJAR SDN.BHD)
2-abdulraisothman.blogspot.com (Kelebihan Dan Kekurangan 4 Penggunaan TMK Dalam P&P)
3-norafiszaa.blogspot.com (Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Integrasi ICT Didalam Bilik Darjah :Ipmlikasi Terhadap Pendidikan Guru)
Wo
ReplyDelete