Kali ini saya ingin merumuskan serba sedikit tentang artikel yang ditulis oleh Siti Fatimah Ahmad dan Ab.Halim Tamuri berkenaan kajian yang dijalankan tentang Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-QAF.Kajian ini dijalankan terhadap guru di Sekolah Kebangsaan ( SK ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK ) yang menjalani program j-QAF dibawah KPM yang melibatkan 270 orang guru j-QAF ambilan tahun 2005-2007.Sekadar pandangan dan perkongsian bersama.
Penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM ) berasaskan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru j-QAF adalah dilihat sebagai suatu usaha yang sangat praktikal yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tersebut.Sejajar dengan perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi untuk menggerakkan Malaysia menuju negara maju yang membangun menggunakan acuannya sendiri menjelang abad 2020.
Namun begitu penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diperbaiki lagi dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi dalam pembelajaran Pendidikan Islam ataupun j-QAF.Hal ini berikutan kajian yang dilakukan bahawa 39.4% guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mengalami masalah dari segi kemampuan penggunaan BBM dalam pengajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam selain daripada masalah sesetengah sekolah di mana sekolah tersebut tidak mempunyai prasarana yang diperlukan dan sesetengah guru yang tidak mengambil berat tentang penggunaan alat bantu belajar dalam pengajaran dan pengajaran..Sebagai contoh masalah dari segi kemampuan penggunaan BBM adalah penggunaan slaid dan komputer,grafik,video,kaset dan penggunaan gambar rajah.
Analisis yang dilakukan terhadap persepsi guru j-QAF tentang penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap 4.00 iaitu persepsi yang tinggi tentang kesadaran guru terhadap TMm dalam pendidikan.Sebagai contoh saya ambil dari aspek perincian dilihat 51% guru setuju dan 48% sangat setuju berbanding 1% yang tidak menyedari tentang kepentingannya.Namun secara keseluruhannya menunjukkan guru j-QAF ini peka terhadap isu-isu semasa berhubung komitmen kerajaan terhadap TMK dalam pendidikan.Selain itu,52% bersetuju dan 45% sangat bersetuju bahawa murid-murid lebih berminat mengikuti PDP dengan berbentukkan TMm.Namun,terdapat 3% yang kurang bersetuju dan 0.07% yang tidak bersetuju TMm mampu menjadi BBM berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara keseluruhannya dilihat kajian yang dilakukan ini mendapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi dalam penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran.Strategi ini perlu dirangka bagi merangsang minat murid terhadap gaya penyampaian guru dalam bilik darjah.Guru haruslah lebih bijak dan kreatif memanfaatkan media elektronik dalam pendidikan alaf ini dalam menyampaikan pengajarannya dalam menghadapi murid era teknologi ini.Secara amnya kejayaan dan keberkesanan penggunaan BBM berasaskan TMm bergantung kepada kemahiran dan sikap guru itu sendiri untuk meningkatkan kecekapannya dalam membina dan menyediakan BBM berasaskan TMm.
Secara peribadi Cik Apple sangat bersetuju tentang penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran j-QAF.Sebab apa??Sebabnya penggunaannya lebih menarik minat mereka terhadap pelajaran yang dipelajari.Dengan penggunaan gambar yang berwarna-warni,audio dan lain-lain lagi menambah minat murid untuk terus bersama-sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Lebih-lebih lagi murid abad ini lebih terdedah kepada bahan-bahan multimedia dan mereka lebih berminat terhadapnya.Oleh sebab itu kita sebagai guru juga harus bijak menambat hati mereka dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada abad ini.
Sumber : http://www.ukm.my/jiae/pdf/20.pdf
No comments:
Post a Comment