Blogger Widgets

Tuesday, 23 December 2014

PENGGUNAAN GADGET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN ICT 
( INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY )

     
          Teknologi Maklumat Dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang mana mempunyai satu ruang lingkup yang sangat luas penggunaannya berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Dalam erti kata lain penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,menyimpan,memproses,memindah dan mendapatkan maklumat tanpa sempadan masa dan tempat.


       Seperti yang diketahui umum,teknologi disifatkan sebagai salah satu pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sepantas kilat.Ia sebenarnya tidaklah tertumpu kepada penggunaan internet mahupun komputer sahaja,bahkan dalam era yang serba moden ini ia juga melibatkan penggunaan gajet seperti Ipad,tablet,telefon mudah alih,fax,telegram dan banyak lagi.Dalam erti kata lain ia diistilahkan sebagai "THE LATEST ICT GADGETS" sehinggalah penggunaan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada si penerima.



PENGGUNAAN GADJET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


         Apakah yang dikatakan sebagai gadjet?Gadjet berasal daripada perkataan Inggeris iaitu GADGET yang bermaksud alat elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus.Dalam isilah yang lebih mudah ia adalah satu alat elektronik yang memiliki pembaharuan dari hari ke hari yang membuatkan kehidupan individu menjadi lebih praktis.Sebagai contoh Ipad,Playstation,Laptop dan banyak lagi.


            Dalam era globalisasi ini penggunaan gajet dalam kehidupan dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Boleh dikatakan segala aspek kehidupan memerlukan kita menggunakan perkhidmatannya tidak terkecuali juga dalam sistem pendidikan dewasa ini.Penggunaan gajet dalam arus perkembangan dunia teknologi dan maklumat dilihat banyak memberi impak positif terhadap pendidikan di negara ini dalam memperoleh dan menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan.


         Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT )  dalam pengajaran dan pembelajaran membantu para pendidik menjalankannya dengan lebih cekap dan praktikal.Sebagai contoh penggunaan papan hitam dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ditukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer atau laptop,bahan elektronik dan lain-lain lagi.Hal ini dapat menarik perasaan suka dan  minat murid-murid untuk lebih memberi tumpuan dalam proses pembelajaran lebih-lebih lagi dalam era digital ini.Banyak kajian telah membuktikan bahawa penggunaan komputer ataupun laptop dalam pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian akademik murid terutamanya bagi subjek sains dan matematik.Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh Universiti John Hopkin mendapati murid lebih berminat untuk menghadiri kelas yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas.Malah mereka sudi memperuntukkan masa untuk belajar menggunakan komputer.


         Selain itu,penggunaan gadget seperti tablet ataupun e-Book dalam pembelajaran memberi peluang kepada dunia pendidikan negara beranjak ke corak pembelajaran yang lebih dinamik dan moden.Sebagai contoh inisiatif penggunaan e-Book yang telah dijalankan di Terengganu pada tahun 2009 yang dilengkapi dengan perisian pembelajaran berdasarkan buku teks dan perisian tambahan seperti doa,dan amalan solat yang boleh digunakan oleh murid ternyata memberi impak positif terhadap dunia pendidikan.Penggunaan e-Book ini dapat membawa murid ke satu dimensi yang berlainan disebabkan kuasa tarikan yang terkandung dalam e-Book itu sendiri.Contohnya kepelbagaian warna atau tarikan gambar mahupun multimedia dan audio.Murid akan lebih mengingati apa yang mereka pelajari sekaligus meningkatkan fokus dan minat murid dan menghasilkan pencapaian yang lebih cemerlang.


            Disamping itu,guru juga perlulah bijak untuk menggunakan gadget terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap murid abad ini.Sebagai contoh guru menggunakan telefon pintar ataupun smartphone mereka dalam kaedah pengajarannya.Guru tidak perlu lagi membawa laptop ataupun bahan bantu lain untuk mengajar murid.Dengan hanya menggunakan gadget terkini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisien dan lebih menarik minat murid.Contohnya guru menggunakan aplikasi waze untuk mengajar murid tentang arah.Utara,Selatan Timur dan Barat.Hal ini menjadikan murid bersikap lebih proaktif ketika di dalam kelas dan tidak terlalu pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


                Konklusinya penggunaan gadget dan ICT masa kini dilihat sangat relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kita perlu sedar bahawa anak-anak zaman ini tidak sama dengan zaman dahulu.Mereka lebih terdedah dengan kepesatan dan kepantasan teknologi maklumat pada hari ini.Oleh itu,kita seharusnya memanfaatkan teknologi yang ada sekarang untuk kebaikan bersama tidak kira dalam dunia pendidikan mahupun yang lain.Kita juga seharusnya mengembling tenanga bagi memastikan anak-anak kita tidak terkena kejutan budaya dan tidak tersasar jauh dek kerana serangan teknologi yang berlaku pada masa kini agar impian melahirkan generasi yang bijak pandai dapat direalisasikan menjelang abad 2020.







        Murid sedang menggunakan tablet dalam proses pembelajaran




                                   
  Kanak-kanak di Thailand menggunakan aplikasi yang terdapat pada tablet





Pembelajaran di China menggunakan touch screen all in one PC






Kanak-kanak prasekolah di China belajar menggunakan LCD






Contoh Learning Tab dalam proses pengajaran dan pembelajaran

        

        




            
             

          

No comments:

Post a Comment