Blogger Widgets

Wednesday, 24 December 2014

RUMUSAN PENGGUNAAN PBBK( PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA ASING

           Bagi artikel kedua,saya berminat untuk merumuskan dan mengulas serba sedikit tentang artikel yang ditulis oleh Ashinida Aladdin,Afendi Hamat dan Mohd.Shabri Yusof dibawah tajuk kajiannya tentang Penggunaan PBBK ( Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer ) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing.Kajian telah dilakukan terhadap 40 responden yang terdiri daripada guru bahasa arab dari sekolah agama berasrama penuh di Malaysia.Dan daripada hasil yang diperolehi sebahagian besar guru-guru yang berusia diantara 25-45 tahun berminat menggunakan PBBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

           Setelah diteliti,saya dapat menyimpulkan bahawa menerusi kajian yang dijalankan tersebut menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap PBBK.Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan jayanya.

            Secara amnya,penggunaan komputer dalam bidang bahasa telah wujud sejak 30 tahun yang lalu.Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau lebih dikenali sebagai CALL (Computer Assisted Language Learning) telah mula digunakan sejak 1960-an lagi.Menerusi dapatan kajian yang dijalankan didapati bahawa penggunaan PBBK dalam pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada murid berbanding dengan pembelajaran bahasa secara tradisional..Penggunaannya membolehkan murid menjadi lebih berdikari dan proaktif dalam pembelajaran mereka selain membantu memperbaiki kemahiran linguistik pelajar.

            Selain itu,perspektif guru terhadap penggunaan PBBK didapati mampu menjimatkan masa dan tenaga disamping memudahkan proses pengajaran mereka.Guru juga berpendapat bahawa kaedah PBBK (Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka di dalam kelas.Hasilnya sedikit sebanyak membuatkan murid lebih bersemangat dan berminat untuk mengikuti proses pembelajaran bahasa apabila guru menggunakan kaedak PBBK tersebut.

            Namun begitu,disebalik kajian penggunaan PBBK yang dilihat memberi implikasi dan respon yang positif terdapat juga implikasi dan respon negatif terhadap penggunaanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh melalui kajian yang dilakukan terdapat segelintir guru yang kurang senang sengan kehadiran PBBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini berpunca daripada fakto-faktor yang mendatang iaitu daripada kurangnya kefahaman terhadap kehadiran PBBK selain kurangnya kemahiran teknikal tentang penggunaan komputer.Disamping kurangnya kemudahan prasarana yang mencukupi di sesetengah sekolah.

           Secara konklusinya,kajian tersebut menunjukkan bahawa reaksi guru terhadap penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah positif dan perlu diteruskan penggunaanya.Namun begitu tanggapan negatif sesetengah guru terhadap PBBK dalam proses pengajaran dan pengajaran boleh dibendung dengan cara memberi pendedahan,latihan dan kursus-kursus kemahiran penggunaan komputer secara optimum yang berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab.Pihak Kementerian juga perlulah melengkapkan sekolah dengan kemudahan prasarana yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya para pelajar dan guru mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan arus masa kini.

             Secara peribadi,Cik Apple berpendapat bahawa dalam arus modenisasi ini wajarlah setiap guru mengambil inisiatif sendiri bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Maklum sahaja anak-anak zaman teknologi ini tidak sama dengan zaman dahulu.Pandai-pandai lah kita sebagai guru memanfaatkan kemudahan yang sudah tersedia dengan bijak.





Sumber : http://journalarticle.ukm.my/732/1/GemaVol3.1.2003No3.pdf





         

No comments:

Post a Comment